Sales masuk.
Tapi untung
ke mana?
Workshop 2 hari untuk faham angka bisnes anda, cari duit yang tersekat dan rancang cash flow.
Daftar percuma
Minggu 9: cash tak cukup
Bisnes anda ada
masalah ini?
Sales ada. Duit tak nampak.
Setiap bulan ada jualan. Tapi bila sampai masa bayar gaji, supplier, sewa dan bil, duit jadi ketat.
Untung ada dalam report. Cash tak cukup.
Laporan nampak macam bisnes buat untung. Tapi kenapa duit dalam bank tak banyak?
Produk mana paling menguntungkan?
Ada produk yang laku keras, tapi belum tentu margin bagus. Ada pelanggan banyak order, tapi kos melayan mereka terlalu tinggi.
Nak tambah staf, takut salah langkah.
Naikkan harga? Beli mesin? Buka cawangan? Kalau tak kira betul-betul, keputusan yang nampak bagus boleh jadi beban.
Mungkin masalahnya bukan sales semata-mata. Anda perlu faham nombor di sebalik bisnes anda.
Berapa lama duit
anda boleh bertahan?
Cuba kira kasar. Dalam workshop, anda akan bina versi penuh untuk 13 minggu dengan angka bisnes sendiri.
Contoh kasar sahaja, bukan nasihat kewangan. Angka sebenar bergantung pada bisnes anda.
Bukan sekadar belajar akaun
Belajar urus bisnes berpandukan angka, bukan agak-agak. Anda tak perlu jadi akauntan. Anda perlu tahu apa nak dilihat, apa maksudnya dan apa nak dibuat.
- >>
Faham laporan kewangan
Ketahui apa yang laporan beritahu tentang sales, kos, untung, cash dan apa yang bisnes miliki atau masih perlu bayar.
- >>
Pantau 7 angka penting
Kenal pasti angka yang perlu diperiksa setiap minggu supaya anda nampak masalah lebih awal.
- >>
Cari ke mana duit pergi
Kenapa bisnes boleh nampak untung tetapi masih kekurangan cash, dan di mana duit mungkin tersekat.
- >>
Cari peluang tambah untung
Bandingkan produk, servis dan pelanggan untuk kenal pasti bahagian yang menyumbang kepada keuntungan.
- >>
Rancang cash flow 13 minggu
Rancang duit masuk dan keluar supaya anda bersedia sebelum masalah cash berlaku.
- >>
Lindungi bisnes yang dah dibina
Kenal pasti risiko kewangan dan bina kawalan untuk kurangkan kesilapan, pembaziran dan kehilangan wang.
9 modul.
2 hari.
Kenal pasti kedudukan bisnes anda. Faham nombor, cari masalah, nampak peluang.
Modul 1Apa sebenarnya berlaku dalam bisnes anda?
Sales nampak okay. Tapi adakah bisnes anda betul-betul sihat? Soalan yang setiap owner patut boleh jawab:
- Berapa banyak bisnes anda sebenarnya buat untung?
- Kenapa duit dalam bank tak sama dengan jangkaan?
- Kalau sales turun bulan depan, bisnes bertahan berapa lama?
Objektif: mula melihat bisnes berdasarkan angka sebenar, bukan sekadar perasaan.
Modul 27 angka yang setiap CEO perlu pantau
Tak perlu tengok terlalu banyak nombor sampai pening. Kenal pasti 7 angka penting: sales, margin untung, cash, hutang pelanggan, break-even dan tanda awal yang perlu diberi perhatian.
Objektif: tahu nombor mana yang perlu diperiksa dan apa nak dibuat bila ada masalah.
Modul 3Untung ada, tapi duit pergi mana?
Lihat bagaimana invois belum dibayar, stok belum terjual, bayaran pinjaman dan perbelanjaan tertentu mempengaruhi cash flow. Latihan praktikal: kenal pasti situasi yang menyebabkan duit bisnes anda tersekat.
Objektif: faham beza antara untung dan cash.
Modul 4Semak tahap kesihatan kewangan bisnes anda
Melalui latihan Financial Health Check, nilai sejauh mana anda faham kedudukan kewangan bisnes. Adakah anda tahu break-even bulanan? Berapa lama cash boleh menampung kos operasi? Pelanggan atau produk mana paling menguntungkan?
Objektif: tahu bahagian yang sudah baik dan yang perlu perhatian.
3 pemenang x baucar RM500Tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Modul 5Cari peluang untung yang mungkin anda terlepas
Bukan semua produk yang laku memberi keuntungan yang sama. Belajar melihat margin produk atau servis, kos melayan pelanggan dan peluang memperbaiki keuntungan.
Objektif: guna sumber bisnes dengan lebih baik.
- Kedudukan kewangan bisnes anda
- Nombor penting yang perlu dipantau
- Duit yang mungkin tersekat
- Peluang memperbaiki keuntungan
- Langkah seterusnya yang patut diutamakan
Rancang langkah seterusnya dan lindungi bisnes. Guna nombor untuk keputusan, cash dan risiko.
Modul 6Buat keputusan bisnes menggunakan angka
Naikkan harga? Ambil staf baru? Beli peralatan? Tambah cawangan? Jangan buat keputusan hanya kerana pesaing buat begitu atau sales nampak naik. Nilai kos, margin, keperluan cash dan risiko dahulu.
Objektif: keputusan yang jelas, berdasarkan kemampuan sebenar bisnes.
Modul 7Rancang cash flow untuk 13 minggu akan datang
Jangan tunggu akaun bank hampir kosong. Bina perancangan 13 minggu yang ambil kira duit masuk, bayaran supplier, gaji, sewa, pinjaman dan komitmen lain, supaya anda nampak minggu yang berisiko.
Objektif: bersedia lebih awal, bukan bertindak bila masalah sudah berlaku.
Modul 8Lindungi apa yang anda dah bina
Masalah bisnes bukan datang daripada sales rendah sahaja. Ia boleh berpunca daripada terlalu bergantung pada seorang pelanggan, seorang staf utama, terlalu banyak hutang atau owner yang uruskan semua perkara sendiri.
Objektif: kenal pasti risiko yang boleh ganggu operasi, cash flow dan kelangsungan bisnes.
3 pemenang x baucar RM2,000Tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Modul 9Bina sistem kawalan kewangan yang lebih baik
Bila bisnes makin besar, anda tak boleh semak setiap transaksi sendiri. Belajar proses untuk:
- Kelulusan pembayaran
- Semakan invois dan perbelanjaan
- Kutipan bayaran pelanggan
- Rekod stok dan pelarasan
- Laporan kewangan dan semakan berkala
Objektif: kesilapan dan masalah dikesan lebih awal.
- Keputusan harga, pekerja dan pengembangan
- Perancangan cash flow 13 minggu
- Risiko kewangan dan operasi
- Kawalan dan proses semakan kewangan
- Rutin urus bisnes berdasarkan angka
Kata peserta
kelas A'tikah
Maklum balas daripada kelas Financial Management for SMEs yang lalu: 9 Mei, 29 Ogos dan 10 Oktober 2026.
“Selepas masuk kelas ini baru saya faham kenapa company rugi RM500k untuk 7 bulan ini. Ada banyak data dari finance yang saya tak baca dan monitor sepenuhnya.”Pemilik bisnesPeserta, kelas 29 Ogos 2026
“It helped me better understand the key financial figures and indicators that I should be monitoring.”Hafis AbdullahPeserta, kelas 10 Oktober
“Ini kelas kewangan bisnes pertama untuk saya. Saya lebih paham gambaran keseluruhan kewangan bisnes.”Nurliza AhmadMegsbyte Sdn Bhd
“Ini kali kedua saya hadir dan masih banyak ilmu baru yang saya dapat.”IlyanasKumpulan Sate Kajang Hj Samuri
“Penerangan yang simple dan practical memudahkan saya relate dengan situasi sebenar dalam business.”Nur SyazwaniRaya Ulung Sdn Bhd
“Presentation Pn. Atikah marvelous, Bravo Zulu. Ingin menjemput beliau ke bahagian akaun syarikat kami.”Peserta, BRAS Ventures BerhadKontraktor elektrik CIDB G7, minyak dan gas
“Penyampaian yang jelas membantu saya melihat pengurusan kewangan syarikat dengan lebih teratur.”Mohd AzmiRaftech Niaga Sdn Bhd
Siapa patut sertai?
Tanda yang betul untuk anda. Anda tak perlu mahir akaun untuk mula belajar.

A'tikah Ahmad
Financial Management Trainer, Corporate Leader dan Business Coach
A'tikah membawa lebih 30 tahun pengalaman dalam pengurusan kewangan, kepimpinan korporat dan operasi bisnes merentasi syarikat multinasional dan syarikat tersenarai awam.
Beliau menghabiskan 24 tahun bersama UMW Group dan bekerja rapat dengan organisasi antarabangsa seperti Toyota Financial Services dan GE Capital Services. Hari ini, beliau membantu pemilik bisnes dan bukan akauntan memahami kewangan dengan cara yang praktikal dan mudah.
- CPA Australia
- Chartered Accountant, Malaysian Institute of Accountants (MIA)
- Authentic Leadership Development Program, Harvard Business School
Anda tak boleh urus apa yang anda tak faham.
Sales penting. Tetapi sales sahaja tidak menceritakan keseluruhan keadaan bisnes anda. 2 hari untuk faham nombor bisnes anda dengan lebih jelas.

Soalan lazim
Betul ke pendaftaran percuma?
Ya, pendaftaran untuk workshop ini adalah percuma. Sila semak butiran penyertaan dan sebarang syarat tambahan yang akan dimaklumkan oleh pihak penganjur.
Saya bukan akauntan. Boleh sertai?
Boleh. Workshop ini direka untuk membantu pemilik bisnes memahami nombor yang penting untuk mengurus bisnes. Anda tak perlu jadi akauntan.
Bisnes saya masih kecil. Sesuai ke?
Jika anda sudah menjalankan bisnes dan mahu lebih memahami sales, untung serta cash flow, ilmu ini boleh membantu anda membina asas pengurusan kewangan yang lebih baik.
Saya sudah ada akauntan. Masih perlu sertai?
Akauntan membantu menyediakan atau mengurus rekod kewangan. Sebagai owner, anda juga perlu faham apa yang laporan itu beritahu supaya boleh bertanya soalan yang betul dan membuat keputusan dengan lebih baik.
Adakah saya akan belajar menggunakan nombor bisnes sendiri?
Workshop ini merangkumi latihan dan penilaian kewangan. Sediakan laporan atau angka bisnes yang relevan jika anda mahu menggunakannya semasa latihan. Sila pastikan maklumat sulit pelanggan dan syarikat dilindungi.
Saya hanya boleh hadir satu hari. Boleh?
Kami menggalakkan anda hadir kedua-dua hari untuk impak maksimum.
Adakah workshop ini menjamin keuntungan saya meningkat?
Tiada jaminan keuntungan. Hasil bergantung pada keadaan bisnes, ketepatan data dan tindakan yang anda ambil selepas workshop.
Bagaimana saya boleh mendaftar?
Tekan butang Daftar percuma, isi maklumat anda dan ikuti arahan yang dipaparkan.